GegarKelantan.net

RM1.8 billion anggaran bina lebuhraya KB-KK
Oleh : Hasnan Yahya

Datuk Husam Musa

KOTA BHARU,12.Feb- Kesungguhan kerajaan Kelantan untuk merialisasikan hasrat rakyat untuk memilki satu jaringan lebuhraya yang menghubungi Kota Bharu ke Kuala Krai kini semakin nyata.

Menurut Pengerusi Jawatakuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa, setakat ini sudah ada lima syarikat yang menyatakan minat mereka untuk membina lebuhraya tersebut.

Husam juga berkata lebuhraya sejauh 73km itu akan mempunyai sembilan persimpangan bertingkat serta mempunyai dua buah kawasan Rehat dan Rawat dan anggaran kos semasa ialah RM1.5 hingga 1.8 billion.

Husam berkata demikian didalam kenyataan akhbar yang disebarkan oleh Pejabatnya semalam untuk siaran media.

“Alhamdulillah Jawatankuasa Teknikal dan Kewangan Lebuhraya ini menerima tawaran dan kertas cadangan dari lima syarikat dan pemilihan kontraktor akan diputuskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri selepas ini “ ujar beliau.

Katanya lagi Insyaallah impian rakyat negeri ini untuk mempunyai jaringan lebuhraya akan dapat direalisasikan setelah projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai yang dicadangkan dalam RMK5 gagal dilaksanakan oleh kerajaan Persekutuan.

Kelantan dan Thailand jalin hubungan rapat
Oleh : Hasnan Yahya

Che Abdullah menerima cenderahati dari Mr.Phadermchai

BANGKOK ( THAILAND ), 9.Feb –  Biarpun Kelantan hanya sebuah negeri di Malaysia, namun ia tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk menjalinkan hubungan rapat dengan Negara Jiran Thailand dan ini dapat dibuktikan dengan sambutan yang diberikan oleh kerajaan Thailand dalam lawatan kerja yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi baru-baru ini.

Lawatan sehari di Bangkok tersebut telah dipenuhi dengan jemputan Menteri Buruh Thailand Mr.Phadermchai Sasomsub dan Timbalan Menteri Pertanian Mr.Nathawut Saikuae. Turut mengiringi rombongan ialah Timbalan Menteri Buruh Thailand Mr. Visa Khanthab

Turut sama dalam rombongan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan Sabri Abdullah dan Pegawai Kanan PKINK.

Che Abdullah ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Buruh Thailand berkata dalam pertemuan tersebut Mr.Phadermchai telah melahirkan hasrat untuk mengunjungi negeri Kelantan satu hari nanti dalam usaha untuk mengenali budaya dan cara kerja yang diamalkan di Kelantan.

Rombongan bersama Mentri Buruh Thailand Mr.Phadermchai Sasomsub

Menurut beliau lagi, Mr.Phadermchai juga berharap jalinan persahabatan ini dapat dimenafaatkan untuk kedua-dua pihak terutamanya dalam penggunaan sumber manusia kerana pembangunan sesebuah negeri itu amat bergantung kepada modal insan walaupun teknologi moden kini semakin banyak digunakan.

Sementara itu Ketika mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Timbalan Menteri Pertanian Thailand Mr. Nathawut Saikuae, Che Abdullah sempat membuat penjelasan terhadap konsep Bertani Satu Ibadah yang digunakan oleh kerajaan negeri dalam menerapkan nilai-nilai murni dalam sektor pertanian di Kelantan.

he Abdullah dan Pegawai Tinggi PKINK bersama Timbalan Menteri Pertanian Thailand ( empat dari Kanan )

Che Abdullah juga berkata dalam pertemuan tersebut, Mr.Nathawut berharap usaha dalam sektor pertanian diperluaskan dengan sebaik mungkin kerana ia adalah satu bidang  utama bagi sesebuah negara dalam menjamin bekalan makanan untuk manusia mencukupi.

“ Kita akui Thailand adalah merupakan sebuah negara berasaskan pertanian dan penggunaan teknologi moden yang tinggi dapat meningkatkan hasil pertanian mereka dan negara kita juga ada mengimport bekalan hasil pertanian dari mereka seperti beras”ujar beliau.

Rombongan yang diketuai Exco Pertanian itu juga telah diberi layanan kerajaan Thailand di Chiang Mai yang terletak hampir 800 KM dari Bandar Bangkok. Ketika berada di Chiang Mai, rombongan telah dibawa melawat Festival Flora Diraja Thailand yang berlangsung selama tiga bulan bermula Disember lalu hingga Pertengahan Mac ini.

Di Chiang Mai juga rombongan sekali lagi diberi layanan istimewa dengan disambut oleh Gabenor Chiang Mai Mr.Mom Luang Panntda Ditssakul di perasmian Pesta Bunga Chiang Mai yang diadakan di tengah-tengah Bandar Chiang Mai.

Che Abdullah dan rombongan menjadi tetamu di perarakkan kereta berhias bersama Mantan Perdana Menteri Thailand, hadir sama Menteri Perdagangan Thailand.

Keesokan hari pula rombongan sekali lagi dibawa ke Perasmian kedua Pesta Bunga yang dilakukan oleh Bekas Perdana Menteri Thailand ke 26 Mr.Somchai Wongsawat. Turut sama Menteri Perdagangan Thailand Mr.Boonsong Teriyapirom.

96 bas Cityliner beroperasi kembali
Oleh : Hasnan Yahya

Exco Kerjaraya Kelantan - Datuk Mejar(B) Md Anizam Abdul Rahman

KOTA BHARU, 26.Jan – Perkhidmatan Cityliner di negeri Kelantan masih lagi diperlukan oleh rakyat jelata dan pembukaan semula semua laluan tersebut disambut baik oleh kerajaan negeri .

Menurut Pengerusi Jawatakuasa Kerjaraya, Utiliti dan Perumahan Datuk Mejar(B) Md Anizam Abdul Rahman langkah pembukaan semula laluan tersebut dengan 96 buah bas dari 123 buah adalah ekoran perbincangan yang diadakan oleh pihak Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan(SKMK) bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) baru-baru ini.

“ Kerajaan menyambut baik tindakan SKMK meneruskan semula laluan yang penting ini dan diharapkan keputusan untuk meneruskannya dikekalkan demi kepentingan pengguna di negeri ini”ujar beliau.

Anizam berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat exco negeri semalam.

Perkhidmatan Cityliner mula beroperasi semula semalam.

Menyentuh dakwaan pihak SKMK yang mengatakan kerajaan belum lagi menyalurkan bantuan RM400 ribu bagi empat bulan yang dijanjikan tersebut, Anizam berkata kerajaan sudah lama menyediakan peruntukkan tersebut tetapi pihak SKMK menyatakan jumlah tersebut masih lagi tidak dapat menampung kos operasi mereka.

“ Pihak SKMK tak ambil wang tersebut dengan alasan ia tak mencukupi menampung kos operasi mereka dan dalam masa yang sama kita masih mengadakan rundingan sehinggalah SKMK menutup laluan operasi mereka pada 14 januari lalu.”katanya lagi.

Sebelum ini Cityliner telah bercadang untuk menutup 17 laluan yang dikira tidak dapat menampung kos operasi mereka.

Kelantan jalin hubungan pelancongan dengan Perak
Oleh : Ahmad Hasanain

Tuan Guru menyampaikan jaket kepada peserta Kelantan Ride

KOTA BHARU, 26,Jan -  Tahun 2012 adalah merupakan Tahun Melawat Kelantan dan Perak, sehubungan itu jalinan kerjasama bagi menarik pelancong seharusnya diadakan bagi kedua-dua negeri tersebut

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagi meningkatkan jumlah pelancong ke negeri Kelantan dan Perak, ia haruslah diadakan satu kerjasama erat terutamanya dalam usaha memperkenalkan kedua-dua negeri secara meluas dan bersepadu.

“Dalam ekpedisi Kelantan Ride kali ini, rombongan Kelantan akan berjumpa dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir bagi membincangkan perkara ini.” Ujar beliau

Takiyuddin ditemui pemberita di Majlis Pelepasan Kelantan Ride oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan Kompleks Darulnaim pagi kelmarin.

Turut hadir di pelepasan konvoi Kelantan Ride ialah Speaker Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr.Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Faudzi Che Mamat dan Exco negeri.

Rombongan Kelantan Ride bersama Tuan Guru sebelum berlepas.

Beliau juga berkata melalui agensi pelancongan kedua-dua negeri, banyak program yang dapat diaturkan terutamanya dalam aspek lokasi dan kebudayaan masing-masing.

“Ini adalah satu perancangan kami dalam usaha menarik lebih ramai pelancong melawat Kelantan sempena TMK tahun ini,” katanya .

Menurut beliau lagi sebagai tanda 22 tahun PAS mentadbir Kelantan, peserta konvoi yang menjelajah utara iaitu Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kali ini juga disertai seramai 22 orang dan rombongan ini juga disertai pasukan kebudayaan, Kumpulan Dikir Barat dan Nasyhid yang akan mengadakan persembahan di negeri yang disinggah.

PAS Kelantan yakin dapat pertahan dalam PRU 13.
Oleh : Hasnan Yahya

Kelantan Ride sempena Tahun Melawat Kelantan 2012

KOTA BHARU, 25.Jan –   Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menegaskan PAS Kelantan tetap yakin dapat mengekalkan tampuk pemerintahan di Kelantan dalam PRU 13 nanti.

Menurut beliau walaupun umno di Kelantan beria-ia untuk menawan Kelantan dan yakin dengan kekuatan termasuk wang ringgit yang mereka ada, namun PAS tetap meneruskan perjuangan mempertahankan Kelantan daripada dirampas umno.

“  Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak,maka mereka bercakap demikian, sedangkan masa Nabi Muhammad dulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal, jadi tidak pelik dan hairan lah kalau kami di Kelantan ini juga berusaha menentang sekeras-kerasnya umno demi mempertahankan Kelantan ini.”ujar beliau

Nik Aziz berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat pelepasan kepada rombongan Kelantan Ride pagi tadi bertempat di Perkarangan Kompleks Darulnaim.

Beliau juga menegaskan kekayaan yang dimiliki oleh seseorang itu kalau tidak digunakan untuk Islam adalah kosong semata-mata.

“ Firaun kaya, Qarun kaya,Namrud pun kaya kalau nak banding dengan nabi masa itu tapi semua menemui kehancuran,  Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT”ujar beliau lagi.

Tuan Guru membuat pelepasan Kelantan Ride di perkarangan SUK pagi ini

Nik Aziz juga mengakui walaupun Kelantan miskin tetapi rakyat negeri ini yakin akan tanggungjawab di hadapan Allah, sehubungan itu rakyat di negeri ini bersungguh-sungguh mempertahankan Kelantan daripada dirampas oleh umno yang sudah jelas tidak mengamalkan dasar perjuangan Islam.

Menyentuh ada desas-desus yang mengatakan beliau akan tetap bertanding dalam PRU13 nanti, beliau berkata itu semua mungkin boleh jadi atau tidak kerana ia bergantung kepada kepimpinan parti.

“ Lama dah perkara ni berlaku dan sampai sekarang, saya tetap pegang Menteri Besar lagi selagi rakyat mahu dan pimpinan parti suruh, bukan soal saya sekarang ni tetapi soal Islam, selain dari memperjuangkan bukan Islam semua sesat.”

Keharmonian kaum di Kelantan dibuat Klip Video
Oleh : Hasnan Yahya

Klip Video Keharmonian kaum di Kelantan dapat sambutan

KOTA BHARU, 16.Jan -  Keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Kelantan telah dijadikan klip video yang dibuat oleh beberapa remaja berbangsa Tionghua yang berasal dari Kelantan.

Menurut Penulis skrip klip video yang berjudul Nasi Lauk, Mr.Sean Tye Jyh Siang, kumpulan remaja Tionghua itu sebelum ini telah menghasilkan beberap klip video yang memaparkan kisah yang bermotifkan pendidikan masyarakat tionghua di negara ini, namun di atas kesedaran terhadap keharmonian masyarakat di Kelantan, mereka telah membuat satu klip video tersebut.

“ Kami menggunakan seorang peniaga nasi di sebuah warung yang berbangsa melayu menjalani kehidupan harian dengan menjual nasi berlauk dan telah kehilangan seorang anak, namun kerana kasihnya seorang anak tersebut, beliau telah membuat pesanan kepada penduduk setempat agar sentiasa menjaga ibunya”ujar beliau.

Bagi Mr.Sean video yang memakan masa selama 2.49minit tersebut amat bermakna bagi memaparkan sebuah kehidupan masyarakat di Kelantan yang sering bekerjasama dalam pelbagai aspek kehidupan dan ini membuktikan pentadbiran di bawah Kepimpinan Ulamak bukan sahaja untuk satu-satu kaum sahaja.

Sementara itu bagi Pengarah Klip video tersebut Mr.Tee Kuan Yon, pembikinan klip video yang disiarkan dalam masa 2 minit lebih itu memerlukan masa penggambaran hampir 3 jam dan kos sebenar hanyalah RM150 sahaja.

“ Kos itu pun hanyalah untuk makan-makan sahaja, kalau lah nak dibandingkan dengan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan sudah tentulah kosnya amat tinggi, tenaga kerja hanyalah secara sukarela”kata beliau.

Perbincangan diadakan dimana saja bagi pembikinan video klip terbaru

Tee Kuan juga berkata selepas ini banyak lagi klip video yang memaparkan kisah kehidupan harmoni pelbagai kaum di Kelantan akan dibuat dan sokongan terhadap klip video versi melayu ini amat memberangsangkan.

“ Kami pun tak sangka baru lima hari termasuk hari ini, klip video tersebut telah ditonton hampir 300 ribu pelayar youtube, terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan melayu yang telah menghebahkan melalui laman sosial mereka”katanya lagi.

Orang ramai yang ingin melihat keunikan video klip tersebut boleh lah melayari : http://www.youtube.com/watch?v=TcwFl0XNzQQ

Pendakwah perlu sebar kepentingan bayar cukai tanah – TMB
Oleh : Zahrawani Ayu

Pengarah PTG Kelantan menunjukkan kempen potongan 90 % pada Datuk Ahmad Yakub

KOTA BHARU, 16.Jan –  Golongan pimpinan masyarakat termasuk golongan pendakwah dan ulamak seharusnya memainkan peranan penting membantu kerajaan negeri dalam menyebarkan kepentingan sebagai rakyat menjelaskan hutang termasuklah tunggakan hasil  cukai tanah.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub berkata dalam sejarah kepimpinan Khulafa Ar-Rasyidin seperti Khalifah Umar Al-Khattab turut mengenakan cukai hasil pertanian kepada rakyatnya dan ia berdasarkan kualiti pengeluaran dan sekiranya tanah yang diberikan tersebut tidak diusahakan ia boleh diambil semula oleh pemerintah.

Ahmad juga berkata sehingga kini Kelantan adalah negeri pertama yang mengamalkan dasar potongan kadar denda tunggakan cukai kepada rakyatnya dan ia amat selari dengan dasar negeri berkebajikan, namun rakyat seharusnya memahami hasil pungutan cukai tanah adalah punca pendapatan negeri dan ia seharusnya dibayar setiap tahun untuk kegunaan rakyat negeri ini juga.

Beliau berkata demikian di majlis Pelancaran  Tawaran Pengurangan Tunggakan Denda 90% ke atas Cukai Tanah Tertunggak bagi tahun 2012 di Kota Darulnaim hari ini.

Turut hadir Pengarah Jabatan Hasil Tanah dan Galian Kelantan Datuk W.Mustapha W.Ab.Hamid, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr.Zainuddin Ibrahim dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Md Faudzi Che Mamat.

Ketua Jajahan Kota Bharu menerima banner dari Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Hadir sama Ketua-Ketua Jajahan, Penggawa serta Penghulu mukim.

Menurut Ahmad lagi sehingga kini rakyat diberi peluang untuk menjelaskan cukai tanah yang tertunggak dan melalui program pemotongan sehingga 90 peratus ke atas denda lewat bayaran hasil tanah yang dikenakan itu diharapkan rakyat mengambil peluang baik ini untuk mejelaskan hasil cukai tanah masing-masing.

“Kita juga perlu ingat bahawa hutang itu wajib dibayar tanpa mengira pihak yang kita berhutang tersebut dan lebih-lebih lagi hutang dengan kerajaan yang semestinya milik rakyat , oleh itu langkah kerajaan mengurangkan denda ini akan membolehkan rakyat menjelaskan hutang tersebut”katanya lagi.

Ahli Majlis dinasihat jaga amanah Allah – Nik Aziz
Oleh : Ahmad Hasanain

Ahli Majlis menerima watikah perlantikan dari Menteri Besar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU, 15.Jan – Dasar kerajaan Kelantan Membangun Bersama Islam seharusnya dipertahankan oleh semua pihak termasuklah Ahli Majlis Kerajaan Tempatan kerana mereka adalah amanah dari Allah dan juga sanggup menerima tanggungjawab yang diserahkan oleh pimpinan Kerajaan negeri.

Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika menyampaikan amanat kepada seramai  251 Ahli Majlis Perbandaran dan Daerah seluruh negeri di majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kelantan tahun 2012 khamis lalu.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan, Exco negeri, Wakil Rakyat dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Dr.Zainuddin Ibrahim.

Nik Aziz berkata sebuah kerajaan adalah seperti sebuah taman makanan yang menghidangkan pelbagai jenis masakan untuk dinikmati oleh rakyat.

“dalam sebuah taman sebegini sudah tentulah terdapat pelbagai citarasa seperti pedas, masin, manis dan masam, namun jika digabungkan sebaik mungkin ia amat menyelerakan, begitu jugalah ahli-ahli majlis ini, mereka seharusnya  menunaikan kerja sebaik mungkin agar ia dapat memuaskan hati rakyat tempatan”ujar beliau.

Nik Aziz juga berkata ahli majlis tempatan dan semua pihak sebagai “Buruh Kasar” bagi Allah kerana semua manusia mempunyai amanah dan tanggungjawab dalam mentadbir bumi ini.

Ahli Majlis yang baru bagi MPKB-BRI bersama Menteri Besar Kelantan

Sehubungan itu, beliau berharap ahli-ahli majlis tempatan agar sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan mengamalkan dua perkara penting iaitu berbincang dan melaksanakan secara berhemah.

“ Saya juga ingin menjelaskan Kelantan adalah sebuah negeri yang menjadi tumpuan seluruh Negara dan di peringkat kerajaan tempatan, ahli-ahli majlis adalah merupakan mereka yang akan mencorakkan pentadbiran setempat, oleh itu amat diharapkan agar sentiasa member khidmat yang terbaik kepada masyarakat”katanya lagi.

Sementara itu terdahulu Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan ketika menyampaikan ucapan aluan berkata pada tahun ini seramai 23 muka baru bagi Ahli Majlis seluruh negeri.

Takiyuddin juga berkata tanggungjawab ahli majlis pada tahun ini menjadi tumpuan umum kerana adanya Tahun Melawat Kelantan 2012 dan ini akan menjadi satu tugas penting kepada seluruh ahli majlis agar bekerja keras dalam membantu kerajaan negeri berusaha memperkenalkan Kelantan dan menarik seberapa ramai pelancong ke daerah masing-masing.

Adun Wakaf Bharu rai masyarakat Tionghua
Oleh Hasnan Yahya

Che Abdullah dan isteri menyampaikan sumbangan buah Limau untuk masyarakat Tionghua

TUMPAT ( Wakaf Bharu ), 11.Jan – Kemeriahan untuk menyambut Tahun Baru Cina tahun ini semakin terasa bagi penduduk di Perumahan Sri Kebakat, Wakaf Bharu setelah menerima kunjungan dari Adun mereka Che Abdullah Mat Nawi petang semalam.

Kehadiran Che Abdullah bersama isterinya Saliha Yaacob di taman tersebut menggambarkan keperihatinan wakil rakyat terhadap kehidupan masyarakat tionghua bagi meraikan tahun baru cina yang akan disambut pada minggu depan.

Menurut Che Abdullah, semenjak beliau menjadi Penyelia Dun tahun 2004 hinggalah menjadi wakil rakyat, tradisi menyampaikan buah limau dan meraikan masyarakat tionghua sempena tahun baru cina sentiasa diadakan.

Penyampaian buah limau adalah tradisi bagi Adun Wakaf Bharu sempena Tahun Baru Cina

“ Lebih 600 keluarga dari kaum Tionghua berada dalam Dun Wakaf Bharu dan mereka ini sentiasa dilayan sebaik mungkin, program hari ini juga boleh memeriahkan lagi sambutan tahun baru cina di wakaf bharu”ujar beliau.

“ Bagi sambutan tahun ini, kita ubah sedikit iaitu dengan menyampaikan buah limau terlebih dahulu sambil menziarahi mereka terus ke rumah dan sambutan di peringkat dun pula akan diadakan bertempat di Pejabat Dun Wakaf Bharu jumaat ini.”katanya lagi.

Beliau juga berkata dari segi program kerajaan seperti skim Al-It’am, Kifaalah dan Az-Ziwaaj, masyarakat Tionghua juga mendapat menafaat sepenuhnya dan mereka ini memahami keadaan negeri Kelantan yang berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dasar Membangun Bersama Islam.

Rumah tanda Penghargaan negeri – Dato Abdul Fattah
Oleh : Hasnan Yahya

Tuan Guru disambut sendiri oleh Khairul Fahmi Che Mat

PENGKALAN CHEPA, 4.Jan – Biarpun Kelantan dikatakan sebuah negeri yang mundur dalam bidang sukan jika dibandingkan dengan negeri lain, namun ia tidak bererti Kelantan meminggirkan atlet maupun ahli sukan negeri.

Penganugerahan sebuah rumah yang bernilai hampir RM200 ribu  kepada Penjaga Gol Kebangsaan yang juga kini salah seorang yang terbaik di Asia Khairul Fahmi Che Mat oleh kerajaan negeri dilihat sebagai satu mercu tanda bagi menghargai sumbangan atlet sukan yang dapat menaikkan nama negeri Kelantan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Datuk Abdul Fattah Mahmood, kerajaan negeri melihat perkembangan sukan terutamanya bolasepak Kelantan kini semakin meningkat dan ia boleh dikatakan bermula tahun 2005.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis penyerahan kunci rumah kepada Khairul Fahmi oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr.Zainuddin Ibrahim. Exco negeri, Wakil-Wakil Rakyat dan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa Datuk Abdul Halim Abdul Rahman,

Sehubungan itu Kerajaan melalui urusetia sukan negeri telah mengadakan pelbagai pertandingan bolasepak dan bermula tahun 2005 Kejohanan Bolasepak Peringkat Liga Dun menggambarkan Kelantan sememangnya dapat melahirkan ramai pemain yang berkaliber.

Fahmi menerima replika kunci rumah dari Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz

Abdul Fattah juga berkata kini sudah terdapat beberapa pemain yang dilahirkan dalam Akademi Bolasepak Melayu Kelantan yang sudah dapat menempa nama di peringkat kebangsaan dan salah seorangnya ialah penjaga gol bawah umur 12 tahun.

Sementara itu  Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz berharap dengan penganugerahan sebuah rumah kepada Khairul hari ini, ia menjadi tanda penghargaan negeri kepada mana-mana rakyat yang telah dapat menaikkan nama negeri Kelantan tanpa mengira bidang.

“Sebelum ini, kerajaan juga ada member sebuah rumah kepada pelajar cemerlang dalam SPM iaitu adik Nur Mardhiah dan hadiah ini tidak padan kalau nak bandingkan dengan harganya, tetapi kita harus ingat walau berapa hargapun tetapi kalau ia adalah hadiah, ia amat bernilai kepada orang yang menerimanya”katanya lagi.

Bagi Khairul Fahmi pula,  keluarganya turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya Tuan Guru Menteri Besar dan Binaraya Sdn Bhd kerana telah menyiapkan rumah yang dijanjikan tahun lalu.

“ Ini juga sebagai hadiah hari lahir saya yang kebetulannya pada 7.Januari ini dan ia amat berharga dalam hidup saya kerana ia datangnya dari kerajaan negeri Kelantan sendiri”kata beliau