Friday, 18 May 2012

96 bas Cityliner beroperasi kembali

Oleh : Hasnan Yahya

Exco Kerjaraya Kelantan - Datuk Mejar(B) Md Anizam Abdul Rahman

KOTA BHARU, 26.Jan – Perkhidmatan Cityliner di negeri Kelantan masih lagi diperlukan oleh rakyat jelata dan pembukaan semula semua laluan tersebut disambut baik oleh kerajaan negeri .

Menurut Pengerusi Jawatakuasa Kerjaraya, Utiliti dan Perumahan Datuk Mejar(B) Md Anizam Abdul Rahman langkah pembukaan semula laluan tersebut dengan 96 buah bas dari 123 buah adalah ekoran perbincangan yang diadakan oleh pihak Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan(SKMK) bersama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat(SPAD) baru-baru ini.

“ Kerajaan menyambut baik tindakan SKMK meneruskan semula laluan yang penting ini dan diharapkan keputusan untuk meneruskannya dikekalkan demi kepentingan pengguna di negeri ini”ujar beliau.

Anizam berkata demikian ketika sidang media selepas mesyuarat exco negeri semalam.

Perkhidmatan Cityliner mula beroperasi semula semalam.

Menyentuh dakwaan pihak SKMK yang mengatakan kerajaan belum lagi menyalurkan bantuan RM400 ribu bagi empat bulan yang dijanjikan tersebut, Anizam berkata kerajaan sudah lama menyediakan peruntukkan tersebut tetapi pihak SKMK menyatakan jumlah tersebut masih lagi tidak dapat menampung kos operasi mereka.

“ Pihak SKMK tak ambil wang tersebut dengan alasan ia tak mencukupi menampung kos operasi mereka dan dalam masa yang sama kita masih mengadakan rundingan sehinggalah SKMK menutup laluan operasi mereka pada 14 januari lalu.”katanya lagi.

Sebelum ini Cityliner telah bercadang untuk menutup 17 laluan yang dikira tidak dapat menampung kos operasi mereka.