Friday, 18 May 2012

Keharmonian kaum di Kelantan dibuat Klip Video

Oleh : Hasnan Yahya

Klip Video Keharmonian kaum di Kelantan dapat sambutan

KOTA BHARU, 16.Jan - Keharmonian masyarakat pelbagai kaum di Kelantan telah dijadikan klip video yang dibuat oleh beberapa remaja berbangsa Tionghua yang berasal dari Kelantan.

Menurut Penulis skrip klip video yang berjudul Nasi Lauk, Mr.Sean Tye Jyh Siang, kumpulan remaja Tionghua itu sebelum ini telah menghasilkan beberap klip video yang memaparkan kisah yang bermotifkan pendidikan masyarakat tionghua di negara ini, namun di atas kesedaran terhadap keharmonian masyarakat di Kelantan, mereka telah membuat satu klip video tersebut.

“ Kami menggunakan seorang peniaga nasi di sebuah warung yang berbangsa melayu menjalani kehidupan harian dengan menjual nasi berlauk dan telah kehilangan seorang anak, namun kerana kasihnya seorang anak tersebut, beliau telah membuat pesanan kepada penduduk setempat agar sentiasa menjaga ibunya”ujar beliau.

Bagi Mr.Sean video yang memakan masa selama 2.49minit tersebut amat bermakna bagi memaparkan sebuah kehidupan masyarakat di Kelantan yang sering bekerjasama dalam pelbagai aspek kehidupan dan ini membuktikan pentadbiran di bawah Kepimpinan Ulamak bukan sahaja untuk satu-satu kaum sahaja.

Sementara itu bagi Pengarah Klip video tersebut Mr.Tee Kuan Yon, pembikinan klip video yang disiarkan dalam masa 2 minit lebih itu memerlukan masa penggambaran hampir 3 jam dan kos sebenar hanyalah RM150 sahaja.

“ Kos itu pun hanyalah untuk makan-makan sahaja, kalau lah nak dibandingkan dengan sesetengah pihak yang mengambil kesempatan sudah tentulah kosnya amat tinggi, tenaga kerja hanyalah secara sukarela”kata beliau.

Perbincangan diadakan dimana saja bagi pembikinan video klip terbaru

Tee Kuan juga berkata selepas ini banyak lagi klip video yang memaparkan kisah kehidupan harmoni pelbagai kaum di Kelantan akan dibuat dan sokongan terhadap klip video versi melayu ini amat memberangsangkan.

“ Kami pun tak sangka baru lima hari termasuk hari ini, klip video tersebut telah ditonton hampir 300 ribu pelayar youtube, terima kasih juga kami ucapkan kepada rakan-rakan melayu yang telah menghebahkan melalui laman sosial mereka”katanya lagi.

Orang ramai yang ingin melihat keunikan video klip tersebut boleh lah melayari : http://www.youtube.com/watch?v=TcwFl0XNzQQ