Wednesday, 22 October 2014 //

Kelab Sukan PKINK anjur karnival 6.Oktober ini

Oleh :Ahmad Hasanain

Jawatankuasa Karnival sukan PKINK bersama Piala Johan Keseluruhan.KOTA BHARU, 2.Okt - Buat julung kalinya Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbadanan Kemajuan Iktisas Negeri Kelantan(PKINK) akan menganjurkan karnival sukan bagi keseluruhan ahlinya yang sebelum ini ia hanya dikenali Sukan Perpaduan.

Menurut Yang Dipertua Kelab Sukan PKINK Ismail Sauki Ibrahim, matlamat utama karnival ini adalah untuk menyatukan keseluruhan ahli yang sebelum ini terlalu sibuk dengan urusan kerja.

“ Kita berharap ahli akan hadir bersama keluarga masing-masing dan menyertai pelbagai jenis sukan yang disediakan nanti”ujar beliau.

Karnival sabtu ini yang akan diadakan sepenuhnya sehari tersebut akan diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Kelantan di Panji.

Ismail juga berkata terdapat lapan jenis sukan utama iaitu Bolasepak, Bola Jaring, Ping Pong, Dart, Tenis, karom, Badminton dan Sukan Rakyat disediakan untuk empat kumpulan besar yang terdiri daripada Ibu Pejabat PKINK, Kumpulan Perkhidmatan ( PKB, Prokel dan UB Consult ), Kumpulan Hartanah ( Binaraya, Kelkon dan Kelstone) serta Kumpulan Pertanian dan Pelancongan ( KPKB, KPK dan Perdana Resort).

Ismail berkata demikian di sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK yang lain.

Sementara itu menurut Pengarah Karnival Ridzuan Sidek, penyertaan dalam pelbagai pertandingan sukan adalah percuma dan hadiah disediakan bernilai RM12500 untuk ahli kelab dan perbelanjaan keseluruhan bagi karnival sehari itu adalah RM 23 ribu.