Friday, 19 December 2014 //

Kelab Sukan PKINK anjur pertandingan Karom

Oleh : Zahrawani Ayu

KOTA BHARU, 25.Okt – Peminat sukan ‘indoor games’ di negeri ini dijemput menyertai Kejohanan Karom Terbuka bagi merebut Piala Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) yang berlangsung pada 2 dan 3 November ini.

Kejohanan yang memasuki edisi kesembilan penganjurannya oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PKINK itu akan diadakan di Medan Ikan Bakar (MIB) Kedai Buloh, Kampung Siti Mani, Jalan Kuala Besar, di sini.

Pengerusinya, Wan Azizan Wan Yaakob berkata, hadiah keseluruhan hampir RM9,000 menanti peserta bertuah yang mengambil bahagian dalam dua kategori dipertandingkan pada kejohanan tersebut.

“Apa yang menarik pada tahun ini, kita menggandakan hadiah wang tunai kepada semua pemenang dalam dua kategori tersebut. Matlamat kita mahu seberapa ramai peserta mengambil bahagian dalam kejohanan ini,” katanya ketika ditem

“Kita akan terus komited menganjurkan kejohanan seperti ini setiap tahun. Saya lihat ramai dalam kalangan peserta yang bertanding sebelum ini mempunyai kemahiran tersendiri dan layak beraksi di kejohanan luar.

Menurut Wan Azizan, pemilihan MIB Kedai Buloh selaku gelanggang kejohanan bertujuan untuk mempromosikan tempat tersebut sebagai destinasi menarik yang wajib dikunjungi masyarakat tempatan dan luar negeri ini.

Juara dalam kategori perseorangan akan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan, naib juara (RM700 dan barangan), ketiga (RM500 dan barangan) dan keempat (RM300 dan barangan) selain hadiah sagu hati untuk tempat kelima hingga kelapan.

Sementara dalam kategori beregu, juara akan meraih wang tunai RM1,500 dan barangan, naib juara (RM1,000 dan barangan), ketiga (RM700 dan barangan) dan keempat (RM500 dan barangan) selain hadiah sagu hati untuk tempat kelima hingga kelapan.

Ketua Eksekutif PKINK, Mohd Sabri Abdullah dijangka menyampaikan hadiah kepada pemenang dalam kejohanan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi urusetia kejohanan iaitu Wan Azizan (013 – 937 3551), Nik Ab Kadir Husein (012 – 956 6269) dan Surina Ab Ghani (019 – 954 7179) atau di talian pejabat 09 – 741 4141.

Yuran penyertaan ialah RM25 bagi kategori perseorangan dan RM50 untuk acara bergu. Tarikh tutup pertandingan sebelum atau pada 29 Oktober ini.