Thursday, 23 February 2012

Kelantan jalin hubungan pelancongan dengan Perak

Oleh : Ahmad Hasanain

Tuan Guru menyampaikan jaket kepada peserta Kelantan Ride

KOTA BHARU, 26,Jan - Tahun 2012 adalah merupakan Tahun Melawat Kelantan dan Perak, sehubungan itu jalinan kerjasama bagi menarik pelancong seharusnya diadakan bagi kedua-dua negeri tersebut

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan berkata bagi meningkatkan jumlah pelancong ke negeri Kelantan dan Perak, ia haruslah diadakan satu kerjasama erat terutamanya dalam usaha memperkenalkan kedua-dua negeri secara meluas dan bersepadu.

“Dalam ekpedisi Kelantan Ride kali ini, rombongan Kelantan akan berjumpa dengan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr.Zambry Abd Kadir bagi membincangkan perkara ini.” Ujar beliau

Takiyuddin ditemui pemberita di Majlis Pelepasan Kelantan Ride oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di perkarangan Kompleks Darulnaim pagi kelmarin.

Turut hadir di pelepasan konvoi Kelantan Ride ialah Speaker Kelantan Datuk Nasruddin Daud, Setiausaha Kerajaan Kelantan Datuk Dr.Zainuddin Ibrahim, Pegawai Kewangan Negeri Datuk Faudzi Che Mamat dan Exco negeri.

Rombongan Kelantan Ride bersama Tuan Guru sebelum berlepas.

Beliau juga berkata melalui agensi pelancongan kedua-dua negeri, banyak program yang dapat diaturkan terutamanya dalam aspek lokasi dan kebudayaan masing-masing.

“Ini adalah satu perancangan kami dalam usaha menarik lebih ramai pelancong melawat Kelantan sempena TMK tahun ini,” katanya .

Menurut beliau lagi sebagai tanda 22 tahun PAS mentadbir Kelantan, peserta konvoi yang menjelajah utara iaitu Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang kali ini juga disertai seramai 22 orang dan rombongan ini juga disertai pasukan kebudayaan, Kumpulan Dikir Barat dan Nasyhid yang akan mengadakan persembahan di negeri yang disinggah.