Monday, 28 July 2014 //

Koperasi Rakyat Kelantan Sasar RM10 juta

Oleh: Hasnan Yahya

Pengerusi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad - Haji Sabri Abdullah

KOTA BHARU, 11.Ogos - Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) yang telah ditubuhkan pada 21 .Januari.2011 mensasarkan RM10juta akan berjaya dipungut buat permulaannya dari ahli bagi menggerakkan ekonomi koperasi tersebut. Demikian dijelaskan oleh Pengerusi KRKB Haji Sabri Abdullah di sidang media malam tadi.

Sabri berkata KRKB ini ditubuhkan untuk memberi peluang kepada rakyat Kelantan sama-sama melibatkan diri dalam bidang perniagaan terutamanya dalam perniagaan Ar.Rahn.

Menurut beliau lagi KRKB telah mendapat kerjasama sepenuhnya dari Permodalan Kelantan Berhad(PKB) yang menguruskan Pajak Gadai Islam Ar-Rahn.

Beliau juga berkata walaupun KRKB ini baru ditubuhkan dan kini masih lagi membuka keahlian kepada rakyat Kelantan, namun yakin dengan prestasi yang memberangsangkan Ar-Rahn yang kini sudah mempunyai 25 cawangan di seluruh negara ahli akan mendapat pulangan dividen yang tinggi.

“ Kita akan menggunakan RM10juta yang kita dapat nanti untuk dilaburkan dalam perniagaan Ar-Rahn ini dan PKB telah memberi komitmen untuk menerima pelaburan dari koperasi ini.” Ujar beliau.

Ahli KRKB tidak perlu bimbang dalam urusan kewangan koperasi ini kerana KRKB telahpun mendapat kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia(SKM) untuk membuat pelaburan dalam projek usahasama dan francais Ar-Rahn dan kerjasama antara kedua pihak ini akan memulakan pelaburan pertama di cawangan Ar-Rahn Rantau Panjang, Machang dan Wakaf Bharu.

“antara kelebihan melabur dalam KRKB ini ialah pulangan dividen yang kompetitif serta saham minima sebanyak RM500 sahaja serta ahli diberi peluang untuk menambah dengan tanpa had dan pelaburan juga berasaskan syariah”katanya lagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan koperasi ini melalui talian 09-7414332 / 7432281 atau terus ke pejabat KRKB yang terletak di Pusat Pasar Borong Wakaf Che Yeh.