Tuesday, 29 July 2014 //

Nasaruddin kekal ahli PAS- Dato Takiyuddin

Oleh : Zahrawani Ayu

KOTA BHARU , 11.Sept – Kedudukan bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa dalam PAS masih kekal dan polimik yang dilaluinya sebelum ini tidak menjejaskan kedudukan beliau dalam parti.

Menurut Penolong Setiausaha PAS Pusat Dato Takiyuddin Hassan, mesyuarat Majlis Syura telah memutuskan Nasharuddin kekal sebagai ahli majlis Syura .

“Umno sudah ketandusan isu di dalam menghadapi Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 dan dilihat terlalu berharap agar beliau dipecat dari PAS supaya ia boleh dimanipulasikan kelak”ujar beliau.

Dato’ Takiyuddin Hassan ditemui media selepas menyempurnakan kempen pelancaran “Kelantan Go Green 2012” di Pasar Berek 12 di sini semalam.

“Sebagaimana yang dikatakan Presiden Pas Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang, semua pihak tidak perlu membuat sebarang spekulasi dan keputusan ini adalah tepat memandangkan kedudukan Ust. Nasha masih relevan sebagai ahli Pas,” tambah beliau.

Dato’ Takiyuddin dan PAS umnya turut menyambut baik perkembangan ini memandangkan Ust. Nasha ialah mantan Timbalan Presiden Pas dan seorang yang intelektual dan yakin perjuangan beliau masih selari dengan PAS.