Thursday, 23 October 2014 //

Piala Malaysia : Kelantan Cuti 21 Oktober

Oleh : Ahmad Hasanain

Datuk Abdul Fattah Mahmood di Sidang Media hari ini.KOTA BHARU : – 14.Okt, Kerajaan Kelantan hari ini mengistiharkan Cuti Peristiwa pada 5.Zulhijjah.1433 bersamaan 21.Oktober.2012 bagi memberi keselesaan kepada rakyat Kelantan yang akan ke Stadium Shah Alam bagi menyaksikan Perlawanan Akhir Piala Malaysia antara Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia(ATM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Fattah Mahmood ketika mengadakan sidang media hari ini bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar JKR 10 berkata kerajaan amat perihatin terhadap keselamatan rakyat negeri ini .

“ Tok Guru berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini”ujar beliau.

Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.

“ Kalau dulu kita lihat ketaksuban yang tinggi pada penyokong Kelantan dan untuk kali ini kita harap ketaksuban tersebut diolah kepada sokongan yang padu dan berdisiplin”katanya lagi.

Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20.Mei lalu.

Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa 21.Oktober ini lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan(YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.

“ Kita mengambil kira yang utama berkaitan dengan peperiksaan yang dikendalikan oleh YIK dan JPN agar anak-anak kita tidak ketinggalan dalam peperiksaan nanti”kata beliau lagi.

Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah ia tidak dapat di beritahu lagi.

“ Allhamdulillah, sehingga kini kerajaan Kelantan sentiasa menyokong pembangunan sukan termasuk lah bolasepak dan Insyallah akan ada ganjarannya nanti”ujar beliau lagi.

Sementara itu Abdul Fattah juga berkata pihak Urusetia Belia dan Sukan akan mengadakan tayangan Skrin Besar bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV pada malam tersebut.

” Bagi yang tak berkesempatan ke Shah Alam, saya berharap dapat hadir ke perkarangan stadiumn, akan ada hadiah cabutan bertuah dan yang utama adalah sebuah motorsikal”ujar beliau lagi.