Saturday, 20 September 2014 //

RM10 ribu untuk pelanggan Ekspres Perdana

Oleh : Ahmad Hasanain

Laili menunjukkan promosi cabutan bertuah untuk pelanggan Bas Ekspres PerdanaKOTA BHARU, 7.Okt – Kesungguhan pengurusan Ekspres Perdana untuk berkongsi kejayaannya bersama penumpang terserlah apabila bermula 1.Oktober selama tiga bulan sehingga 31.Disember telah mengadakan Program Cabutan Tiket Bertuah untuk semua laluannya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tiara Pesona Sdn Bhd yang juga pemilik bas Ekspres Perdana En.Laili Ismail, sejumlah RM10 ribu telah diperuntukkan untuk semua penumpang yang membeli tiket bas ke mana-mana laluan bermula hari ini berhak menyertai peraduan Cabutan Bertuah tersebut.

“ Pelbagai hadiah istimewa disediakan dan yang paling istimewa ialah sebuah motorsikal, barangan elektrik dan sebagainya”ujar beliau.

Sementara itu, Laili juga berkata pihak syarikat E- Transet Sdn Bhd yang mengendalikan system tiket online juga telah mengadakan program Cabutan Bertuah berdasarkan pembelian yang banyak pada bulan oktober hingga disember ini.

Laili juga berkata Ekspres Perdana yang beroperasi tahun 2009 dengan hanya empat buah bas kini akan memiliki sejumlah 24 buah pada penghujung tahun ini.

Menurut beliau lagi secara purata melebihi 10,000 penumpang sebulan dan dijangka mencecah 35,000 penumpang nanti dengan adanya perkhidmatan dari Jeti ke Jeti iaitu dari Kuala Besut, Terengganu ke Kuala Perlis di Perlis yang banyak memberi kemudahan kepada orang ramai dan pelancong. Petugas Media dibawa merasai sendiri perkhidmatan bas Perdana ke Kuala Perlis

“ Semenjak bulan julai, kita telah mempunyai perkhidmatan bas yang boleh memberi kemudahan kepada pelancong yang hendak ke Langkawi dan ke Pulau Perhentian”katanya lagi.

Bagi memberi perkhidmatan selesa kepada penumpang, pihak petugas media telah dibawa sendiri menaiki bas dari Kota Bharu ke Kuala Perlis untuk memberi sebarang komen bagi meningkatkan lagi perkhidmatan Ekspres Perdana serta bercuti di Pulau Langkawi sambil menikmati pakej pelancongan yang disediakan oleh syarikat Tiara Pesona melalui syarikat bas pesiaran milik mereka yang dikenali Lienadia.