Wednesday, 30 July 2014 //

Teknologi Bio Hijau atasi bau busuk di pasar

Oleh : Zahrawani Ayu

Dato Takiyuddin menyembur menggunakan larutan bio hijauKOTA BHARU, – 11.Sept – Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak berkuasa tempatan(PBT) dalam usaha membasmi kekotoran dan bau busuk di sekitar pasar di negeri ini dan yang terkini ialah usaha kerajaan dengan kerjasama Kelantan Biotech Corp.Sdn Bhd menggunakan kaedah bio hijau.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, pelancongan dan Kebudayaan Dato Takiyuddin Hassan berkata teknologi itu dijangka mampu mengatasi masalah tersebut selain daripada selamat digunakan dan tidak menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata demikian di majlis Pelancaran Kempen “ Go Green” di Pasar Berek 12, Turut hadir Yang Di Pertua MPKB-BRI Haji Fauzi Mat, Ketua-Ketua Jajahan dan Ahli Majlis MPKB-BRI.

“Dengan penggunaan cecair hijau itu, diharapkan dapat membantu mempercepatkan proses penguraian sampah sarap dan menghilangkan bau yang sering berlaku apabila longkang tersumbat:’ujar beliau.

Projek yang mendapat kerjasama penuh dari kerajaan negeri dan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan(PMBK) Kelantan Biotech Corp.Sdn Bhd itu di perkenalkan di kawasan Pasar Berek 12 dan menelan kos perlaksanaan sejumlah RM18,000 bagi tempoh dua bulan dan ia akan berkurangan dari masa ke semasa.

Sementara itu ketika mengulas kebersihan negeri ini, Takiyuddin berkata pihaknya memperuntukkan sejumlah yang besar bagi mengatasi masalah sampah.

“ Masalah kebersihan di negeri ini tidak akan selesai selagi ia tidak mendapat kerjasama dari semua pihak dan satu pertiga peruntukkan MPKB-BRI adalah untuk menyelesaikan masalah sampah”katanya lagi.