Tuesday, 21 October 2014 //

Jadikan Karnival tempat timba ilmu – Exco Pertanian

Oleh : Ahmad Hasanain.

Che Abdullah di berucap di Karnival Bertani Satu Ibadah di Kuala KraiKUALA KRAI, 26.Sept – Walaupun pelbagai tohmohan dilemparkan oleh pihak tertentu kepada program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri, namun sebenarnya program seperti Karnival Bertani Satu Ibadah yang diadakan di setiap jajahan itu banyak menafaatnya kepada penduduk tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi Che Abdullah Mat Nawi berkata dengan adanya karnival atau himpunan yang dilaksanakan oleh kerajaan di setiap jajahan ia dapat membuka peluang kepada petani, penternak dan nelayan menimba ilmu atau bertukar-tukar pengalaman kerana di sini akan berlakunya pertemuan sesame mereka dari segenap pelusuk kampung.

Che Abdullah berkata demikian di Karnival Bertani Satu Ibadah bertempat di Padang Lembah Sentosa, Mengkebang Kuala Krai . Turut hadir ketiga-tiga adun dalam Parlimen Kuala Krai, Ketua Jajahan Kuala Krai Ahmad Robert Abdul Rahim, Pengarah Perikanan Kelantan Dato’ Haji Mohammad Mat Saman dan pegawai jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Menurut Che Abdullah lagi melalui karnival ini juga kerajaan dapat menyebarkan kempen Bertani Satu Ibadah yang dimulakan pada tahun 2009. Gimik Perasmian Che Abdullah membelah nangka besar di Karnival tersebut.

Mengimbas kembali pelancaran kempen Bertani Satu Ibadah tahun tersebut, pelbagai serangan dibuat oleh pihak tertentu sedangkan ia hanyalah satu kempen untuk menyedarkan petani bahawa segala hasil cucuk tanam juga merupakan satu ibadah kepada Allah dan walaupun hasil dimakan binatang, ia tetap mendapat pahala.

Petani mendapat sumbangan input pertanian dari Che Abdullah.“ Tuan Guru Menteri Besar amat berharap agar rakyat negeri Kelantan dapat menghayati sepenuhnya kempen ini kerana melalui Bertani Satu Ibadah, segala apa yang dilakukan oleh petani, penternak dan nelayan haruslah dianggap sebagai ibadah dan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT” ujar beliau.

Karnival yang diadakan selama dua hari itu disertai 50 agensi kerajaan negeri, persekutuan, dan sektor swasta.
Pelbagai acara menarik turut disediakan seperti pertandingan hasil pertanian dari masyarakat setempat, sukaneka dan penjualan hasil pertanian.