Saturday, 25 October 2014 //

Calon BN Pasir Tumboh diajak berdebat

 

Oleh : Hasnan Yahya

Presiden KEKAL"K" Zulkifli Yaacob

KUBANG KERIAN – Kesempatan yang diambil oleh umno/BN Parlimen Kubang Kerian dengan meletakkan calon berciri keagamaan Mohd. Shamsul Mohd. Yusoff hanyalah untuk mengaburi mata masyarakat Pasir Tumboh.

Menurut Presiden KEKAL”K” Ustaz Zulkifli Yaacob, warga Dun Pasir Tumboh tidak mudah menerima beliau walaupun didakwa dari golongan Minda Pondok kerana mereka sering mendengar ceramah-ceramah yang disampaikan oleh Shamsul ketika menyampaikan wang BR1M awal tahun ini.

“ Kalau kehadiran beliau di sini semata-mata untuk memperkasakan Islam terutamanya di Dun Pasir Tumboh, ia hanyalah satu pembohongan kerana di Pasir Tumboh, penyebaran Islam dan Syiarnya amat jelas dengan adalah Pondok Terusan ini”ujar beliau.

Zulkifli menyampaikan cerama di majlis memperkenalkan Calon Parlimen dan tiga Dun dalam Kubang Kerian di Padang Binaraya dekat sini semalam.

“Saya ingin mencabar Shamsul untuk berdebat dalam soal mengapa dikatakan haram orang melayu menyokong PAS dan ini bermaksud halal menyokong umno/BN”

Baru-baru ini Minda Pondok yang dilahirkan oleh umno telah membuat ketetapan haram bagi orang melayu menyokong PAS kerana bagi mereka PAS telah salah dalam perjuangan asal.

“ Ambo nak tanya di mana salah PAS dalam menegakkan syiar Islam di bumi Kelantan ini, dan adakah dengan pelbagai langkah dan bidang kuasa yang ada di tangan kerajaan Islam PAS Kelantan selama hampir 23 tahun ini telah melakukan penyalahan dalam syiar Islam?” soal beliau lagi.

Ahmad Baihaki (Kanan ) Abdul Rahman Yunus, Ketua Pemuda PAS kubang Kerian yang mewakil Calon Salor dan Mumtaz bagi Dun Demit diistiharkan sebagai calon PAS.

Zulkifli juga menegaskan tiada sebab warga Pasir Tumboh untuk membuat penukaran kerajaan dan wakil rakyat kerana  jika dilihat sekelilingnya rakyat dalam Dun ini lebih selesa dan aman dengan adanya pelbagai aktiviti keagamaan.

“ Ambo juga hairan kerana masih ada lagi penyokong umno di kampung-kampung yang dipergunakan oleh pihak pimpinan mereka sedangkan pemimpin mereka hidup bermewah-mewahan ,malah mereka masih di tahap yang lama dan berada dalam keadaan yang dhaif”katanya lagi.

Sementara itu calon PAS Demit Mumtaz Md Nawi pula ketika menyampaikan ceramah berkata golongan wanita telah dipinggirkan oleh kepimpinan kerajaan BN dibawah era Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kalau dulu kita tengok ramai pimpinan wanita umno dijadikan calon dalam PRU sedangkan kali ini ia amat sedikit.”kata beliau.

Mumtaz juga berkata pencabulan moral dikalangan wanita kini juga berleluasa dan seolah-olah maruah wanita sudah tercemar dalam era pentadbiran umno/bn ini.

Majlis ceramah tersebut dihadiri lebih 500 orang dan menyaksikan pengenalan calon-calon dalam Parlimen Kubang Kerian termasuklah Dun Demit, Pasir Tumboh dan Salor.