Adun Wakaf Bharu rai masyarakat Tionghua
Oleh Hasnan Yahya
TUMPAT ( Wakaf Bharu ), 11.Jan – Kemeriahan untuk menyambut Tahun Baru Cina tahun ini semakin terasa bagi penduduk di Perumahan Sri Kebakat, Wakaf Bharu setelah menerima kunjungan dari Adun mereka Che Abdullah Mat Nawi petang semalam.Kehadiran Che Abdullah bersama isterinya Saliha Yaacob di taman tersebut menggambarkan keperihatinan wakil rakyat terhadap kehidupan masyarakat tionghua bagi meraikan tahun baru cina yang akan disambut pada minggu depan.
Menurut Che Abdullah, semenjak beliau menjadi Penyelia Dun tahun 2004 hinggalah menjadi wakil rakyat, tradisi menyampaikan buah limau dan meraikan masyarakat tionghua sempena tahun baru cina sentiasa diadakan.
“ Lebih 600 keluarga dari kaum Tionghua berada dalam Dun Wakaf Bharu dan mereka ini sentiasa dilayan sebaik mungkin, program hari ini juga boleh memeriahkan lagi sambutan tahun baru cina di wakaf bharu”ujar beliau.
“ Bagi sambutan tahun ini, kita ubah sedikit iaitu dengan menyampaikan buah limau terlebih dahulu sambil menziarahi mereka terus ke rumah dan sambutan di peringkat dun pula akan diadakan bertempat di Pejabat Dun Wakaf Bharu jumaat ini.”katanya lagi.
Beliau juga berkata dari segi program kerajaan seperti skim Al-It’am, Kifaalah dan Az-Ziwaaj, masyarakat Tionghua juga mendapat menafaat sepenuhnya dan mereka ini memahami keadaan negeri Kelantan yang berada di bawah kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan dasar Membangun Bersama Islam.














